Musibah yang datang itu adalah ujian.
Tanda kasihNYA..
Ujian untuk mengukur sejauh mana keimanan dan pergantungan kita kepadaNYA..
Tiada kekuasaan yang lebih berkuasa melainkan dia..
Dan ingatlah bahawasanya ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melebihi kadar kemampuannya..
Allah berfirman yang bermaksud : " Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "innalillahi wa inna ilaihi raji'un". mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." Surah Al-baqarah ayat 156/157.
Beberapa hari yang lalu, saya sempat berchating dengan kawan rapat di Sma Toh Puan dulu, Dgku Siti Zulaikha. sempat juga video call, terubat rindu dapat cerita sambil tgk muka,hehe.. Banyak yang kami sembangkan sehinggalah kisah adiknya yang sakit. tumpang bersedih. ika, banyakkan bersabar k. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segalanya.
Kami yang mengenali Ika sebagai seorang yang happy go lucky dan sangat menghiburkan. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya, bapanya meninggal ketika kami berada di tingkatan5.Dan kini adik bongsunya menghidap sakit leukemia dan dalam proses penyembuhan.


Kepada ika sekeluarga, harap bersabar atas ujian ini..Pasti ada hikmah disebalik semua ketentuanNYA, redha dan terima dengan hati terbuka.. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatannya, AMIN...






No comments:
Post a Comment