Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Thursday, December 31, 2009

Lambaian terakhir 2009 ~1001 kenangan~


Hari terakhir berada di tahun 2009.. Esok segalanya akan berubah.. Angka 9 itu akan bertukar menjadi 10. Apa bezanya? Sudah tentulah satu angka yang baharu yang membawa makna segalanya harus perlu diperbaharui. Betul ka? Lazimnya orang akan bertanya, “ apa azam baru tahun ni?”.

Hmm.. pastinya apa yang kita azamkan adalah sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Pasanglah azam, thabatkan hati dalam istiqamah kearah mencapai azam itu!

Hati ini terasa girang dan terselit sedetik hiba bila melihat kembali diary 2009 milik persendirian. Ada azam dan target yang terlaksana, dan ada juga beberapa yang tidak sempat tercapai sebelum tahun 2009 ini mengorak langkah pergi. Semuanya atas kelemahan dan kelalaian diri sendiri. ^_^

“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada ALLAH.”

Apa yang penting , teruskan semangat untuk menempuh cabaran dimasa akan datang! Ya! never ever say giveup! Be the truth of yourself gurl ! go Sukainah !! I love myself and everybody who’s loves me forever & ever..!! ^_^

~Tinta Rasa, Luahan Hati~
Seribu satu kenangan pergi bersama angin sepi..
Tiada apa yang diharap melainkan keindahan hari2 yang bakal mendatang..
Biarlah sakit yang terasa dipenghujung 2009 ini menjadi ubat yang paling mujarab padanya 2010.
Sakit itu sementara dan pasti ada ubatnya. 
Hati yang sayu dan pilu berbicara sendiri sambil manik-manik mutiara itu setia menemani..
Indahnya terasa andai ada yang mengerti. Aku yakin DIA sentiasa mengetahui..
BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALALLAH.. 

Pastikan senyuman lebar itu terus dan sentiasa terukir…^_^

* sukainah : mengikut kamus dewan edisi saya ialah perkataan bahasa arab yang asalnya diambil dari perkataan sakinah, yang membawa maksud ketenangan.hehehe.. actually, this is my new name & i.d..haha..nama ni diberikan oleh syeikh ‘Azim,iaitu guru talaqqi Quran dengan alasan nama saya susah untuk disebut. Syeikh juga ada bagitau yang sukainah ni adalah nama anak Saidina Hussein (cucu nabi s.a.w).Tahun baru ni dapat nama baru la pulak.. terus tukar i.d ym..haha..not bad kan nama baru ni??hehe..


~SELAMAT TAHUN BARU 2010.~


No comments: