Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, March 1, 2010

iLmu baru..

Firman ALLAH dalam Al-Quran yang bermaksud :

"ALLAH meninggikan darjat orang yang beriman diantara kamu, dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." Al-mujadalah: 11


Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."


"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, kerana redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."


"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."


"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."


"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bahagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Segalanya puji bagiNYA atas segala nikmat yang telah dikurniakan keatas kita para hambaNYA sehinggakan masih mampu bernafas,hidup dengan penuh kesempurnaan,nikmat iman & islam. ALHAMDULILLAH..

bersyukur juga masih diberi peluang dan dikurniakan kekuatan untuk terus berada dijalan mujahadah demi mencari redhaNYA serta mengutip ilmuNYA yang maha luas.

Kuliah semester 2 dalam fatrah tahun 1 ( fakulti ulum islamiah ) sudah berjalan seminggu lebih. Untuk sem2 ni ada 10 maddah baru.. bertambah lagi ilmu baru.. ALHAMDULILLAH..



* Al-Quran                                                                           
* Hadis
* Ulum Quran
* Sirah Nabawiah
* Feqah
* Mantiq
* Tarikh Adab
* Sarf
* Maharat Lugawi
* Komputer

Majoriti maddah2 yang dipelajari kini sudah pernah kami kenali dibangku sekolah dahulu. Cuma yang membezakan sistem pengajaran sahaja. Dan apa yang kami pelajari kini lebih mendalam daripada apa yg telah kami ketahui.

Mantiq,sarf & tarikh adab boleh dikatakan antara maddah yg saya "lemah" sedikit. Dalam erti kata lain, kurang minat! hee..~~ tapi,sekarang ni dalam proses meminatkan la.. rabbuna yusahhil.. Selamat maju jaya!!


** Semester kali ni terasa lebih semangat sikit.. kenapa ar??hmm..guess what??hee..~~ ntahla knapa..maybe sebab menanti for something yg xlama lagi and ada sesuatu yg menanti diriku jugak..hehehe..mudah2n level semangat yg membara ni akan direct sampai exam final nanti..amin.. mohon doa dari semua..^_^

*** Rahsia dihati semakin meronta mohon dirungkai..let it go or just wait for da right time??! confius!!!@_@    --->> someone come & said: "ALLAH always be there.." =)

No comments: