Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, November 3, 2009

Jaulah sekitar kota kaherah

24hb okt yang lalu,saya mengikuti rombongan rehlah bersama kakak2 senior dari iskandariah yang telah tamat pengajian di bumi mesir ini dan akan balik ke tanah air buat selamanya.antara destinasi yang kami lawati ialah tugu peringatan Anuar Sadat (bekas pemimpin mesir suatu ketika dulu),giza pyramid,makam imam syafie & hadiqah Al-Azhar (Azhar park).


Destinasi yang paling menarik sudah tentunya ketika berada di pyramid giza. Teruja yang teramat sangat ketika sampai disana.nasiblah ada had ketinggian untuk naik di kawasan pyramid tu.kalau tidak mungkin kami sudah sampai ke puncaknya! ^_^


Yang lebih tidak dapat dilupakan adalah pengalaman naik dan menunggang unta!walaupun pada mulanya rasa takut menguasai diri,kami gagahkan jua semangat dan akhirnya unta berjaya ditawan walaupun terdapat sedikit adegan yang agak melucukan.hahaha..kalau ada rezeki di lain hari nanti,insyaALLAH kami akan kesana lagi untuk menunggang kuda pulak.hehe


Destinasi kami berakhir di hadiqah Al-azhar.disanalah kami menikmati permandangan matahari terbenam dan menjamu selera. Dan pastinya sesi bergambar tidak dilupakan.
Terima kasih yang terhingga buat mereka yang memberi peluang kepada diri ini untuk turut serta dalam rehlah yang sangat2 menyeronokkan.!!^_^

**setelah setahun berada dibumi anbia ni,barulah berkesempatan ke Giza melihat piramid dan unta didepan mata sendiri. Pelajar baru sesi 2009/2010 lebih awal mendahului kami.

Sunday, October 18, 2009

Selamat kembali ke kuliah!!

Kuliah! Kemarin ( 17 okt 2009 ) merupakan hari pertama kami kuliah setelah agak lama bercuti.

“Jam berapa mula kuliah?” Tanya salah seorang ahli bait.

“hm..jam 9 kak.”

“awalnya bersiap.” Tegurnya lagi.

Ya! semangat barangkali. ALHAMDULILLAH! Mudah-mudahan semangat ini akan berterusan. AMIN..

Sampai sahaja di kuliah,terkedu seketika melihat suasana tempat baru yang bakal kami tempati. Menarik! Bertambah naik satu level lagi tingkat darjah semangat untuk mula kuliah. Dan,kehadiran adik-adik baru yang menjadi generasi kedua untuk kuliah kami (kuliah ulum islamiyah) menceriakan lagi suasana. Alhamdulillah,bertambah besar keluarga kami disini.


Selepas sesi taklimat ringkas,kami dibawa ke markaz computer di kuliah banat dengan menaiki bas khas. Pada setiap hari sabtu jadual kami adalah untuk maddah komputer sahaja bermula dari jam 9 hingga 11 pagi.Kami telah didedahkan serba sedikit pengenalan asas mengenai komputer oleh dukturah Nivin.


Seusai kelas,kami pun balik. Memandangkan jarak dari kuliah banat ke rumah sabah tidaklah terlalu jauh seperti di kuliah asal, kami pun mengambil keputusan untuk pulang berjalan kaki sahaja. Hanya kami berdua (saya dan aswanie). Pesanan buat Nadia dan Farhanah, cepat-cepat balik sini,kami setia menanti kepulangan kamu! Hehe..


**buat semua kawan-kawan, selamat maju jaya! Semoga kita dipermudahkan bermujahadah di jalanNYA. Buat adik-adik baru,ahlan wasahlan dan salam ukhwah!



Friday, October 16, 2009

Salam rindu buat mereka

ALHAMDULILLAH. sejuta kesyukuran ku panjatkan kepadaNYA. Akhirnya diri ini selamat kembali ke bumi mesir setelah menghabiskan cuti di tanah air tercinta lebih kurang 2 bulan lebih. Sukar digambarkan perasaan ketika sampai disini 2 hari yang lalu. Gembira berjumpa kawan-kawan dan ahli bait yang dirindui. Terima kasih buat kak Lina dan Huda yang sanggup bangun awal pagi untuk jemput saya di Airport. Dan tak lupa juga Sofwan yang tolong sewakan kereta. Alfu syukran!

RINDU? Ya! rindu yang teramat. Apapun, perjuangan belum berakhir, pengembaraan ilmu harus diteruskan. Buat keluarga tersayang,salam rindu buat kamu semua. Buat ayahanda & bonda tercinta, mohon doa restu dari kalian, Terima kasih atas tiupan semangat yang sangat berharga!

Buat kawan-kawan yang berada di tanah air, mohon maaf kalau ada yang tak sempat jumpa. InsyaALLAH, ada rezki pasti akan ada pertemuan antara kita. Doakan kejayaan kita bersama!

*Khas buat Atirah, Terima kasih yang tidak terhingga sebab sudi bersusah payah turun dari Ranau ke K.k dan sanggup bangun awal pagi, seawal jam 4 pagi untuk ikut ke Airport! syukran! SaLam rindu dan sayang dari kaherah, Mesir.

Ma'assalamah..


Saturday, October 3, 2009

Beraya lagi

pada 26sept yang lalu,bersamaan 7syawal,sahabat kami Nurul Atiqah Md Ridzwan mengadakan majlis rumah terbuka khas di terataknya yang terletak berdekatan One Borneo. Nama tempat tu tak berapa ingat la. Dia yang bekerja di Petronas Labuan terpaksa berulang alik ke k.k. Tapi,tak lama lagi dia akan berpindah disalah sebuah bank di K.K. Tahniah tyqa!!(aku dah balik mesir baru kau stay di kk ar..huhu)

Yang sedihnya,tak berapa ramai kawan-kawan kami yang dapat datang dan berkumpul bersama,sibuk dengan acara sendiri barangkali. Hanya saya,Norzie(kini mengajar disebuah sekolah ugama di kionsom,inanam),Shariza(insaniah kedah) bersama tunang dan keluarganya yang dapat bersama2 berkumpul pada hari itu. Teringat kenangan sewaktu berada ditingkatan 6,rindu suasana itu!

Walaupun tidak seramai dulu,suasana masih terasa meriah. Macam2 cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama. Kemeriahan bertambah dengan sikap ramah ahli keluarga tuan rumah. Memang hubungan kami agak rapat terutama dengan mak & ayahnya. Sempat jugak merakam gambar kenangan bersama mereka. Agak lama keberadaan saya disana, dah jadi macam tuan rumah pulak,hehe.. Selepas maghrib barulah saya beredar pulang itupun ikut tumpang kereta mereka. Macam tuan puteri la pulak.

Buat mereka sekeluarga, Terima kasih yang tak terhingga.