Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Sunday, May 9, 2010

Kurniakan Kefahaman itu!

Alhamdulillah..semalam usrah yg terakhir telah diadakan..syukur dipanjatkan atas segala kesempatan,terima kasih yg xterhingga buat ahli bait syaah 5 yg bagi kerjasama menjayakan usrah sesi kali ini..alfu syukran! Bersyukur juga dapat capai target habiskan silibus kitab fathi yakan yg diterjemakan ke dalam bahasa melayu,kitab “apa erti saya memeluk islam” sangat2 mengandungi isi fikrah yg perlu diterapkan dalam jiwa setiap muslim..syukur lagi sebab bacaan tahsin pun habis 1juzu’ seperti yg dibincang pada awal usrah dulu, 20 MAC 2010.. ^_^

2 minggu yg terakhir usrah,saya dapat rasakan keterbukaan kami dalam sama2 membincangkan satu isu yg sangat penting iaitu pembinaan harakah islamiah.. ia secara tidak lansung mendedahkan kami kepada isu politik yg sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada islam..

“kafir barang sesiapa yang memisahkan islam dan politik”

Mudah-mudahan kefahaman akan lahir dalam diri mereka yg belum mengenali,dan semoga kefahaman itu semakin mendalam pada mereka yg sudah sedia ma’ruf.. ya ALLAH,kurniakan & yakinkanlah kefahaman itu dalam hati2 kami!! Aminnn….=)

Petikan dari lembaran terakhir kitab Fathi yakan:

Wirid rabitah:-

Saudara hendaklah menghadirkan didalam ingatan saudara rupa rakan2 yg saudara kenali merasakan wujudnya ikatan “hubungan kerohanian” dengan mereka dan rakan2 yg belum saudara kenali.kemudian berdoalah untuk mereka semua dengan doa ini:
  
“ya ALLAH, sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui bahawa hati2 (orang2 yg dibayangkan)ini,telah berhimpun diatas dasar kecintaan terhadapMU,bertemu diatas ketaatan kepadaMU,bersatu lagi memikul dakwahMU,hati ini telah mengikat persetiaan utk menolong meninggikan syariatMU..

Oleh itu ya ALLAH, engkau perkukuhkanlah ikatannya dan engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kpd hati2 ini akan jalan yg sebenar serta penuhkanlah piala hati2 ini dengan cahaya RabbaniMU yg tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan dgn keimanan & keindahan tawakal kepadaMU. Hidup suburkanlah hati2 ini dgn makrifat (pengenalan yg sebenar) tentangMU.

Jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah hati2 kami ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMU. Sesungguhnya, Engkau sebaik2 pelindung & sebaik2 penolong”

AMIIN….doa yang menutup usrah kami yang terakhir..=(

Saturday, May 8, 2010

أمّي.. أشتقّ اليك جدّا



"Mothers are the place that we call home..
on them we rest our heads n close our eyes..
there's no 1else who grants the same soft peace.."

~08 MEI 2010~

Tarikh sambutan hari ibu di mesia..

Potongan dari sebuah hadis yg agak mahsyur yang menjelaskan ketinggian ibu berbanding bapa..sehinggakan ketika ditanya,Nabi s.a.w mengulang perkataan ibu sebanyak 3kali dan kemudian barulah bapa..

Kita semua sudah sedia maklum kenapa ibu dilebihkan sedikit..kesusahan yg mereka tanggung sejak dari mengandung,melahirkan,menjaga,membesarkan & sebagainya sememangnya tiada tolak bandingan..

Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut.. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:

"(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma :
“Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”

Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”

Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”


My special wishes "HAPPY MOTHERS DAY".. firstly to my loveLy mUm, Hatijah Bt Hawang, miss u too much!!!



Forgotton not.. to my elder Sis @ vogue mom, Hanifah Bt Haplan yg sdh jadi ibu beranak 2..haha!!


For umi & ibu too...

And for all moms in the world larh.. =)

Mari kita sama2 mendoakan kesejahteraan untuk mereka.. 

"Ya ALLAH..tuhan pemilik segala sesuatu..
Engkau ampunkanlah dosa-dosa ibu kami..
Rahmatilah perjalanan hidup mereka..
Hilangkan segala kesakitan mereka..

Ya ALLAH yang maha mendengar & mengetahui..
Engkau berilah kelapangan dalam hati2 mereka..
Jauhkanlah segala kesedihan & kedukaan dari jiwa mereka..
Campakkan kebahagian untuk mereka..

Ya ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang..
Engkau gantikanlah segala kepayahan mereka selama menjaga kami dengan janji syurgaMU yang penuh kenikmatan..
Limpahkan rahmat serta kasihmu yang maha luas itu..
Redhai mereka.. sayangi mereka..
Sebagaimana mereka menyanyangi kami dengan sepenuh hati.."


أمّي.. أشتقّ اليك جدّا

Monday, May 3, 2010

Ukhwah kami

Petang tadi lepas asar,kami satu syaah 5 pegi serbu restoran sabie’..!! act,baru plan kemarin bh tu mo bt usrah diluar..yg terbit dlm kepala otak adalah tempat makan..haha! asi ka..then,ada pulak sorang hamba ALLAH yg sgt mulia hatinya berhajat mo belanja kami makan! Apa lagi… rezki jgn ditolak,musuh jgn dicari orang bilang! Kan..kan..

Sebelum ni selalu jua kami cakap2 tem berkumpul ramai2,..”kan bes law ada org spen kita makan dluar..” xsangka jadi kenyataan jua..

Apapun,kami bkn just jalan p makan ja..ada perbincangan ilmu juga bh antara kami..usrah yg simple tp ada isinya..oleh kerana xlama lg mo exam,masing2 akan busy nanti..so,sy selaku naqibah yg ditaklifkan oleh BDAT(biro dakwah dan tarbiah sesi 2009/10) rasa sgt perlu menghabiskan silibus wajib yg tinggal berapa bab ja lagi..harap2 sempat..dan harap dapat habis 1juzu’..AMIN…=)

Tukang sponsor kami yg baik hati petang tadi adalah…..adik veynessa…!!! tq veni…smoga rezki bertambah berlipat ganda…!! InsyaALLAH ada rezki nanti kita p makan d ‘asyir pulak aaa…suh maryam spen!! Haha…

Tuk semua ahli bait syaah 5…tq atas kerjasama yg sangat baik sepanjang usrah sesi kali ni..sy selaku naqibah sgt2 menghargai kerjasama dorang wlupn msing2 sibuk.. sayang kamu semua…!! Muahhh..!!

nie lah kami...^_^
 apalah yg serius sgt tu aaa.....@_@

fokus nasi daging ma febret tue...!!!heee~~

sempat lagi bergayut macik sorang ni taw...!!

ni la tukang sponsor kami...veynessa..!!! tq veni...^_^

Saturday, May 1, 2010

"Tolong jangan berlaku zalim"

Semalam ada kelas tambahan fiqh.. tp,terlambat plak taw ada kelas..so,tertinggal la..banin semua sdh pegi..kol drg farhana & nadia,drg pegi pulak..bingung sekejap! Mo bawa sepa??xkan berdua ngan mushrif ja? Mana boleh..last2 tarik majidah,sian dia..tp,terdesak dah..kelas fiqh ni sgt penting..the difficult one maddah sem2(bab zakat).. tq la tuk majidah sbb sudi ikut jua wlupn dia blur ja dlm kelas td..haha! jazakillah khairan..nanti kaka spen nasi daging merah febret kita tu aaa..hehe..~~

Act,mo cerita tentang kelas bh ni.minat sgt ngan ustaz yg ajar tu..hee~~ dia ajar kami maddah tauhid sem1 yg lalu..sgt menarik cara dia ajar & byk input2 luar yg dia mesti akan selitkan dlm fikiran kita! Really interesting..Ustaz azam,kuliah Usuluddin..Cuma not sure tahun brapa la..

Ada beberapa input yg dia bagi,buat sy berpikir & dapat suatu kefahaman yg lebih mendalam dari sebelum ni…ALHAMDULILLAH…=)

***********
Dipetik dari sebuah hadis..

Nabi s.a.w bersabda yg mafhumnya:

”bukanlah dari golonganku barang siapa yg meninggal dunia dalam assobiah”

para sahabat bertanya: “apakah itu assobiah ya rasulullah?”

Pengertian assobiah menurut rasulullah adalah menolong sesuatu kaum kepada kezaliman.
mungkin apa yg kita faham dari perkataan assobiah adalah semangat kekitaan kan? Ya betul..Tapi ingat! Kepada kezaliman.

bila cakap tentang zalim,apa yg anda faham?

Zalim kalau ikut bahasa kejam..means,tidak berlaku adil..apa itu zalim?dan apa pula adil itu?
dari segi makna sebenar zalim ialah meletakkan sesuatu pada yg bukan tempatnya.adil pula yg sebaliknya..bukan?

kita ambik contoh yg quite simple,sepasang suami isteri ada sorang anak lelaki & sorang perempuan..dorang maw belikan baju raya kpd keduanya,adakah dorang perlu belikan baju yg sama tuk kedua2nya?patutkah c lelaki pakai baju kurung?atau wajarkah anak perempuan itu mengenakan baju melayu? Itu tidak mungkin kan? Adil tidak semestinya perlu sama..sebaliknya,perlu letakkan sesuatu ditempat yg betul..ppuan kena pakai baju kurung & lelaki kena pakai baju melayu..itu namanya adil..=)

Dalam quran ALLAH ada terangkan zalim itu adalah tidak berhukum dengan hukum ALLAH..apa hukum ALLAH?? Xperlulah garu kepala tuk cari jawapan yg too easy,rite? Of coz la islam kan..

Jadi,kalau kita xmengikut n menggunakan hukum ALLAH yg sudah jelas & nyata,bukankah kita tergolong dalam golongan org yg zalim? Apa hukumnya org yg zalim?bukankah ALLAH sgt benci kpd orang yg zalim??

" (iaitu) hari ketika permintaan maaf tidak brguna bagi orang-orang yang zalim dan mereka mendapat laknat dan tempat tinggal yang buruk" surah Al-Ghafir: 52

Jika kita sedia maklum ada sebuah kelompok yg tidak mengamalkan hukum agama dengan sepenuhnya kemudian mereka menyeru kepada kita,wajarkah kita menjadi pengikut & menyokong kelompok itu? Bukankah kita dikira golongan assobiah?

Jelas & nyata mafhum hadis diatas : ”bukanlah dari golonganku barang siapa yg meninggal dunia dalam assobiah”

wallahu a'la wa a'lam..

Sama2 kita renungkan.. sekadar berkongsi kefahaman yg lahir dlm kepala ni semalam..=)

Lagi kata2 ustaz tu yg sy ingat;

“kita adalah yg dinanti,bersedia dengan peluru sebelum kita ditembak”

“jika pentadbiran islam yg sebenarnya dilaksanakan,pasti tiada istilah fakir miskin dalam muka bumi ni” (bab zakat)

**Sekarang makin busy ngan kelas2 tambahan utk imtihan...kuatkan semangat!!! =)