2 minggu yg terakhir usrah,saya dapat rasakan keterbukaan kami dalam sama2 membincangkan satu isu yg sangat penting iaitu pembinaan harakah islamiah.. ia secara tidak lansung mendedahkan kami kepada isu politik yg sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada islam..
“kafir barang sesiapa yang memisahkan islam dan politik”
Mudah-mudahan kefahaman akan lahir dalam diri mereka yg belum mengenali,dan semoga kefahaman itu semakin mendalam pada mereka yg sudah sedia ma’ruf.. ya ALLAH,kurniakan & yakinkanlah kefahaman itu dalam hati2 kami!! Aminnn….=)
Petikan dari lembaran terakhir kitab Fathi yakan:
Wirid rabitah:-
Saudara hendaklah menghadirkan didalam ingatan saudara rupa rakan2 yg saudara kenali merasakan wujudnya ikatan “hubungan kerohanian” dengan mereka dan rakan2 yg belum saudara kenali.kemudian berdoalah untuk mereka semua dengan doa ini:
“ya ALLAH, sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui bahawa hati2 (orang2 yg dibayangkan)ini,telah berhimpun diatas dasar kecintaan terhadapMU,bertemu diatas ketaatan kepadaMU,bersatu lagi memikul dakwahMU,hati ini telah mengikat persetiaan utk menolong meninggikan syariatMU..
Oleh itu ya ALLAH, engkau perkukuhkanlah ikatannya dan engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kpd hati2 ini akan jalan yg sebenar serta penuhkanlah piala hati2 ini dengan cahaya RabbaniMU yg tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan dgn keimanan & keindahan tawakal kepadaMU. Hidup suburkanlah hati2 ini dgn makrifat (pengenalan yg sebenar) tentangMU.
Jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah hati2 kami ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMU. Sesungguhnya, Engkau sebaik2 pelindung & sebaik2 penolong”
AMIIN….doa yang menutup usrah kami yang terakhir..=(


No comments:
Post a Comment