Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, May 1, 2010

"Tolong jangan berlaku zalim"

Semalam ada kelas tambahan fiqh.. tp,terlambat plak taw ada kelas..so,tertinggal la..banin semua sdh pegi..kol drg farhana & nadia,drg pegi pulak..bingung sekejap! Mo bawa sepa??xkan berdua ngan mushrif ja? Mana boleh..last2 tarik majidah,sian dia..tp,terdesak dah..kelas fiqh ni sgt penting..the difficult one maddah sem2(bab zakat).. tq la tuk majidah sbb sudi ikut jua wlupn dia blur ja dlm kelas td..haha! jazakillah khairan..nanti kaka spen nasi daging merah febret kita tu aaa..hehe..~~

Act,mo cerita tentang kelas bh ni.minat sgt ngan ustaz yg ajar tu..hee~~ dia ajar kami maddah tauhid sem1 yg lalu..sgt menarik cara dia ajar & byk input2 luar yg dia mesti akan selitkan dlm fikiran kita! Really interesting..Ustaz azam,kuliah Usuluddin..Cuma not sure tahun brapa la..

Ada beberapa input yg dia bagi,buat sy berpikir & dapat suatu kefahaman yg lebih mendalam dari sebelum ni…ALHAMDULILLAH…=)

***********
Dipetik dari sebuah hadis..

Nabi s.a.w bersabda yg mafhumnya:

”bukanlah dari golonganku barang siapa yg meninggal dunia dalam assobiah”

para sahabat bertanya: “apakah itu assobiah ya rasulullah?”

Pengertian assobiah menurut rasulullah adalah menolong sesuatu kaum kepada kezaliman.
mungkin apa yg kita faham dari perkataan assobiah adalah semangat kekitaan kan? Ya betul..Tapi ingat! Kepada kezaliman.

bila cakap tentang zalim,apa yg anda faham?

Zalim kalau ikut bahasa kejam..means,tidak berlaku adil..apa itu zalim?dan apa pula adil itu?
dari segi makna sebenar zalim ialah meletakkan sesuatu pada yg bukan tempatnya.adil pula yg sebaliknya..bukan?

kita ambik contoh yg quite simple,sepasang suami isteri ada sorang anak lelaki & sorang perempuan..dorang maw belikan baju raya kpd keduanya,adakah dorang perlu belikan baju yg sama tuk kedua2nya?patutkah c lelaki pakai baju kurung?atau wajarkah anak perempuan itu mengenakan baju melayu? Itu tidak mungkin kan? Adil tidak semestinya perlu sama..sebaliknya,perlu letakkan sesuatu ditempat yg betul..ppuan kena pakai baju kurung & lelaki kena pakai baju melayu..itu namanya adil..=)

Dalam quran ALLAH ada terangkan zalim itu adalah tidak berhukum dengan hukum ALLAH..apa hukum ALLAH?? Xperlulah garu kepala tuk cari jawapan yg too easy,rite? Of coz la islam kan..

Jadi,kalau kita xmengikut n menggunakan hukum ALLAH yg sudah jelas & nyata,bukankah kita tergolong dalam golongan org yg zalim? Apa hukumnya org yg zalim?bukankah ALLAH sgt benci kpd orang yg zalim??

" (iaitu) hari ketika permintaan maaf tidak brguna bagi orang-orang yang zalim dan mereka mendapat laknat dan tempat tinggal yang buruk" surah Al-Ghafir: 52

Jika kita sedia maklum ada sebuah kelompok yg tidak mengamalkan hukum agama dengan sepenuhnya kemudian mereka menyeru kepada kita,wajarkah kita menjadi pengikut & menyokong kelompok itu? Bukankah kita dikira golongan assobiah?

Jelas & nyata mafhum hadis diatas : ”bukanlah dari golonganku barang siapa yg meninggal dunia dalam assobiah”

wallahu a'la wa a'lam..

Sama2 kita renungkan.. sekadar berkongsi kefahaman yg lahir dlm kepala ni semalam..=)

Lagi kata2 ustaz tu yg sy ingat;

“kita adalah yg dinanti,bersedia dengan peluru sebelum kita ditembak”

“jika pentadbiran islam yg sebenarnya dilaksanakan,pasti tiada istilah fakir miskin dalam muka bumi ni” (bab zakat)

**Sekarang makin busy ngan kelas2 tambahan utk imtihan...kuatkan semangat!!! =)

No comments: