Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Sunday, August 15, 2010

Tetamu yang dirindui..

Rejab, syaaban selesai sudah,
Hadir kini Ramadhan yang indah,
Marilah kita mengerjakan Ibadah,
Tanda bersyukur kepada Allah.

Irama gitar lembut meriah...
Pengantar tidur melepas lelah...
Segera sedar atas silap dan salah...
Mohon ampunan kepada Allah...

Di sini bukit di sana bukit,
Ditengahnya pula hutan cemara.
Salah silap banyak sikit,
Mohon pintu maaf segera dibuka.

Ehem..ehem… trip berpantun pulak kan.. @_@

 -5 Ramadhan-

Assalamualaikum semua!! Rasanya belum terlambat lagi kan mo wish “salam ramadhan kareem” (^_^)
Pada yang mengenali diri ini,mohon maaf atas segala kesilapan sengaja atau tidak..


Suasana ramadhan tahun ini kurasakan ada sedikit perubahan.. Bersyukur. Gembira.

Pengalaman paling tdk dapat dilupakan, buat pertama kalinya, merasa berbuka puasa beramai2 dirumah bersama ahli keluarga pada ramadhan yang pertama. Complete one big family,semakin meriah dengan adanya dua “baby” kecik kami! (aisya & qaleesya).. ALHAMDULILLAH,aku mensyukuri kesempatan itu! =)

Sakit! demam.selsema.batuk. sedikit mengganggu ramadhanku kali ini. apapun, "sakit itu kafarah dosa kecil" "Allahumma anta syafi, La syifaun ila anta"  AMIN..=)
Kesian mak.. terpaksa stay up every night..huhu..~~ kasih ibu,turut merasa kesakitan si anak.. =(

Akhirul kalam,selamat berpuasa semua..=)

Saturday, August 7, 2010

Seraut wajah ibu..

 ~sekadar hiasan~

Sedang aku menghayun si comel (qaleesya) dibuaiannya,mak yang sedang makan didapur memanggilku dengan suara separuh berbisik..

Penasaran. Hati bergetar.
 “Mesti ada apa2 ni” meneka dalam hati..

Diwajah mak terpancar “kerisauan” yg aku sendiri tertanya2..
“ika..ada benda mama mo cakap sikit..……” dari A sampai Z luahan mak aku dengari.

"Kebimbangan,kegusaran serta kesedihan" yang mak rasai sudah mulai aku fahami. Aku turut merasa yang sama. Menahan sebak.tidak mahu tewas.

Dalam masa yang sama,aku juga rasa gembira. Walau aku bukan anak sulung,dan mungkin dalam ramai adik beradik,aku bukanlah yang paling rapat dengan mak,dek kerana sikapku yang agak “diam” berbanding yang lain,tapi dalam hal seperti ini,mak menjadikan aku sebagai teman luahan. Aku bangga. Aku tahu ini kepercayaan yang tinggi buat diriku. Kepercayaan yg tidak boleh aku abaikan. Amanah dari si ibu!

“Rabbi yassir wala tu’assir… KAU tenangkan hati ibuku ya ALLAH..”

Terasa satu lagi hikmah “kepulanganku” tahun ini..ALHAMDULILLAH..

Monday, August 2, 2010

"Kata mereka"

Mereka sering berkata itu dan ini…Tapi tahukah mereka tentang apa yang mereka perkatakan itu?
Kalaulah mereka tahu….


Mereka selalu membuat tanggapan sana dan sini..
Tapi sedarkah mereka sejuah mana kebenaran tanggapan mereka itu?
Kalaulah mereka sedar…

“Rahsia dihati hanya ALLAH maha mengetahui..”

Subhanallah!

Menonton siaran “live” Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa setiap malam menjadi rutin dirumah, walaupun kadang2 tidak sepenuhnya.

Beberapa malam yang lalu ;-
“Tika…sini cepat..tengok ni..”sedang sibuk didapur,aku dipanggil.

Terpana. Kagum. Terasa kebesaranNYA.

Giliran qari dari negara Qatar menyampaikan bacaannya. Apa yang mengkagumkan,qari itu adalah seorang yang cacat penglihatan!

Malu rasanya…

Dalam keadaan serba kekurangan, dia tidak merasakan itu adalah halangan buat dirinya..
“buta mata tidak bermakna buta hati”

~~ mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang celik mata dan celik hati.. AMIN..

Semalam pula, agak tertarik rasa hati mendengar bacaan oleh qariah yang mewakili negara Filipina.gabungan tarannum yang sedap didengar!

Aku juga mahu menjadi seperti mereka. Mahu menjadi pencinta Al-quran!

Alangkah indahnya jika aku juga mampu membaca Al-quran dengan tarannum yang baik.. insyaALLAH,akan ku pelajari suatu hari nanti, Ilmu tajwid perlu dimantapkan dahulu.. =)

 Jom jadi "pencinta Al-Quran"!!