Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Friday, December 10, 2010

Good Luck bro!

Pernahkah anda terfikir,dizaman yang serba moden dan canggih ini,anda akan menghadiri makan malam bersama ibu dan bapa anda,tujuan makan malam itu adalah untuk mempertemukan anda dengan calon isteri @ suami pilihan buat anda. Ianya diaturkan oleh ibubapa anda dan ibubapa sebelah pihak. Pernah atau tidak anda terfikir?? ^_^

Mungkin ada yang beranggapan “ah..kolot jugak pemikiran mereka tu! Sekarang zaman moden sudah,dunia tanpa sempadan, cari bf @ gf bukannya susah sangat pun!”

Dan,mungkin ada juga yang merasakan “hmm,okla tu! Umur sudah lanjut kan,biarlah family yang carikan”

Dan,ada juga yang akan kata “Alhamdulillah,soleh/solehah sungguh anak mereka kan,insyaALLAH dapat berkat”

Apapun,keadaan inilah yang sedang abang sulung kami hadapi. Geli hati mendengar cerita pertemuan mereka. malu-malu kucing! ^_^


Amat berharap ada jodoh antara mereka. menguatkan lagi tali kekeluargaan antara kami dan pihak perempuan. Semoga ALLAH permudahkan dan lancarkan semua urusan. AMIN…

Xsabar tunggu perkembangan seterusnya. InsyaALLAH tidak lama lagi, kompang akan berpalu dirumah kami! AMINNNNNNN…^_^ good Luck bro!

Wednesday, December 8, 2010

Ahlan 1432H!

Salam maalhijrah buat semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNYA! Amin…


Hijrah? Apa itu hijrah?
Lazim yg kita ketahui,hijrah nabi s.a.w dari mekah ke madinah. Iya! Tepat sekali. setiap orang pasti punya pentakrifan yang tersendiri.bukan?

Hijrah dari Malaysia ke mesir,contohnya.^_^

Hijrah dari yang baik kepada yang lebih baik! Yeah! that’s it! @_@

Sedarkah kita,amat rugilah barangsiapa yang tidak pernah ada perubahan dalam dirinya,kehidupannya dll.

Hadis nabi s.a.w mafhumnya: “barangsiapa menghidupkan sunnahku,sesungguhnya dia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku,sesungguhnya dia bersamaku disyurga kelak.”

Hidupkan sunnah nabi! Sungguh ringan cara untuk kita menunjukkan rasa kasih dan cinta kita pada kekasih ALLAH yang maha AGUNG bukan? Kehidupan masyarakat kita masa kini yang terlalu moden terikut2 budaya luar menyimpang dari ajaran Quran dan sunnah yang sebenar amat membimbangkan.

Justeru kepada siapa tanggungjawab itu harus dipikulkan? Pastinya dari kita sendiri wahai pendakwah. Ibubapa juga perlu menghidupkan budaya amalkan sunnah dalam kehidupan anak2.

Mungkin ramai yang memandang rendah sunnah2 yang simple,sebagai contoh masuk tandas dengan kaki kiri,baca doa,keluar dengan kaki kanan. Senang kan? Tapi berapa ramai yang mengamalkannya? Tepuk dada,tanya iman!

Tahun baru,azam baru!

Pastinya bila hadir tahun baru,semua berlumba2 merakam dalam hati,diari,memori dll akan niat dan azam yang baru. Diri ini juga tidak terkecuali. ^_^

~ menjadi hamba yang lebih taat,anak yang solehah,pelajar yang cemerlang,kawan yang tebaik!

~ perkukuhkan hablum minallah wa hablum minannas.

~ meningkatkan level ilmu pengetahuan.

~ naik tahun3 dengan pangkat jayyid jiddan! It’s possible??? AMIN…biiznillah! ^_^

~ melancarkan kitab terjemahan karya kami mahasiswa/wi Ulum Islamiah.AMIN..

~ mau memiliki kamera & handphone baru! Dan mau balik Malaysia! Asi ka???hoho…

“Gantunglah cita2mu setinggi dahan dipohon,seandainya ia jatuh, pasti tidak akan jatuh jauh terus kebawah tanah!”

Apapun,bukan keberhasilan azam dan cita2 yang terpendam itu berjaya direalisasikan menjadi fokus utama tetapi sebaliknya,usaha kearah mencapainya itulah yang menjadi pengukur dan petanda bagi orang yang berjaya!

SALAM MAAL HIJRAH! ^_^

Monday, December 6, 2010

2nd proposal!

Ehem2..
Penuh dengan senyuman menaip entri kali ini…^_^

5 Disember 2010.
1:15 p.m

Kejadian berlaku ditepi jalan,tempat tunggu bas yg menjadi kebiasaan kami. Sedang asyik menanti kedatangan bas,seorang lelaki arab lalu dihadapanku,menyapa dengan memberi salam.
Salamnya kujawab. Wajib hukumnya kan.^_^

Dia mula memperkenalkan dirinya, dia cakap dia kuliah usuluddin di Tanta (salah satu muhafazah di mesir). Kemudian dia bertanya, aku kuliah apa dan dimana?

Aku jawab apa adanya. Dalam fikiranku,orang tu mau tanya arah atau tempat,memandangkan dia dari Tanta. Itu dalam perkiraanku.

Tiba2 dia tanya, “ lau ana uridu an uzawwijuki,hal tuwafiqni??” (kalau saya mahu berkahwin dengan awak,sudikah awak menerimanya?) ---> translate p ayat jiwang! Haha

Waktu tu aku rasa masa terhenti sekejap. Kaget! aku tatap dia dengan pandangan penuh kepelikkan. Meminta kepastian! Dia mengulang kembali apa yang ditanyakan tadi. Sah! Memang aku tidak tuli atau salah dengar!

"Orang ni biar betul? Aku xkenal langsung ngan dia! Tiba2 bawak aku kawin! Apa kes ni…??!! Aku perhati dia dari atas kebawah,penampilannya memang sperti orang waras,tiada unsur2 orang gila. Smart pemakaiannya. Memang nampak mahasiswa Al-Azhar! Tapi……. Hurmmm…pelik!"

Memberanikan diri menjawab seperti mana yg selalu aq buat bila berhadapan dgn org arab.
 “Ana asifah, ana makhtubah!” ( maaf,saya sudah bertunang!) --> tipu sunat!! Hahaha

Dia diam. Tidak percaya mungkin.

Dia bertanya lagi,tunang dengan orang mesir atau orang luar?
“Min malizia!” dengan pantas aku menjawab. Gabra! ^_^

“Ana asif jiddan!” dia mintak maaf.

Then,dia tanya lagi: “hal ta’rafin nisa’ solihah wa latifah wa jamilah misluki???” (awak ada kenal mana2 perempuan yang lembut,solihah,cantik macam awak??)

Hahahaha… sekali lagi aku kaget!

"Cantikkah aku? Lembutkah aku? Hurm,..bukan aku yang keluarkan ayat itu k? that man. I don’t know.." hahaha

Tapi aku xla perasan…hohoho..

Finally, perbualan kami habis dan dia pun jalan la…

Terledak ketawa mereka yang ada disitu ketika itu.


“desperate sgt kali dia mau kawin kan?”
“Asi ka taqdim perempuan ditepi jalan? Xromantik langsung!” haha

Dan peristiwa itu menjadi bahan ejekan mereka buat aku. Huh! Sabar ja la.

Sepanjang perjalanan ke rumah,bibirku dipenuhi senyuman dan adakalanya terkeluar jugak gelak kecik itu. Sungguh! Aku sangat kelucuan. Terimbas kembali 8 nov 2009, saat ditaqdim oleh seorang syeikh buat anaknya. Perasaan yang sama aku rasakan. Sungguh,ini antara pengalaman yg xdapat dilupakan. ^_^

******
Pesan nabi s.a.w melalui hadis yang bermaksud:

"Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi." HR al-Bukhari.
Dan adapun sebuah hadis akan menjadi fitnah dibumi jika seorang wanita menolak lamaran seorang lelaki yang baik ;


إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه ، فزوجوه . إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Tarmidzi dan Ahmad).

Hadis ini merupakan hadis dhoif dan bukannya sohih. Pendapat mengatakan hadis ini bertentangan dengan hadis pertama diatas.

Wallahu a'la wa a'lam bissawab... ^_^

Wednesday, December 1, 2010

Bertahan!

Melangkah masuk ke bulan disember,bulan terakhir untuk tahun 2010. Hmm..ada masa sebulan ja lagi untuk push diri study & lazimkan diri ke kuliah! Aduh.. imtihan semakin hampir..dupdapdupdap!

Semakin hampir kepada imtihan,semakin besar dugaan yang mendatang. Apapun,kena kuatkan semangat dan perlu bertahan!

"Ala…sebulan lebih ja lagi ni… BERTAHAN! Never say NO!"
 
Dan..semalam jugak,kelas tutorial telah pun bermula.untuk sem1 ni,maddah fiqh & mantik jadi tumpuan. Menelaah bersama ustaz kegemaran kami, ustaz Azam! ^_^ kena rajinkan diri dan kuatkan hati tuk pegi kelas malam ni! Untuk dapat pemudah cara study...

Dan,…ada 1 kitab yang kami bincangkan secara ringkas dalam kelas tutorial tu.ambik masa sikit jerr! Kitab “Jundullah”! bukan muqarrar (silibus) tahun2. Sekadar menambah pengetahuan. Tidak sabar mahu memiliki kitab itu.coming soon……@_@

Penerangan pertama dari ustaz Azam tentang salah satu bab dalam kitab Jundullah itu buat aku tertarik hati..=)

Mungkin ada baiknya jika ingin berkongsi sedikit kan…

Isu pertama yang menjadi perbincangan kami berdasarkan kitab itu adalah mengenai masalah ummat masa kini!

Ramai yang sedar,dan ramai yang lumrahnya mengetahui,salah faham terhadap islam amat meluas berlaku dizaman kini.bukan sahaja dikalangan saudara bukan islam,malahan penyakit ini turut merebak kepada saudara seislam kita.

Mengaku ALLAH itu ESA,membenarkan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH,meyakini ISLAM itu agama yang dibawa oleh para utusan,tapi sayangnyaaa… kefahaman tentang islam itu sendiri tidaklah seperti yang diharapkan.

Mengapa yang sedemikian ini terjadi??

Serangan pemikiran! Iya. Itulah yang berlaku sekarang. Serang pemikiran yang bertubi2 tanpa henti menjadikan umat islam semakin mempunyai mindset yang terhad akan kesyumulan islam. Sebagai contoh mereka hanya menganggap islam itu hanyalah mengucap 2 kalimah syahadah,solat,puasa dan haji.

Mereka lupa bahawa agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah sebuah agama yang syumul yakni menyeluruh. Dan serangan2 pemikiran serta propaganda2 mereka yang zalim cuba untuk menafikan bahawa islam adalah agama yang lengkap.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." Al-Baqarah :120

Buktinya, kalau dilihat secara teliti setiap sesuatu perkara yang berlaku islam pasti punya pandangannya tersendiri. Sebagai contoh islam ada member panduan kepada umatnya segala sudut aspek,seperti; ekonomi,pendidikan,siasah hatta dari sudut pentadbiran pun ada. Jadi,kenapa harus utamakan sistem selain islam? Kenapa membiarkan sistem2 barat itu menjadi yang termahsyur? Bukankah kita diperintahkan untuk meninggikan islam?


Jatuhnya pentadbiran gemilang zaman khalifah.

Kezaliman serta kebodohan kamal attartuk yang kononnya mengaku beragama islam,menjatuhkan agamanya sendiri dan menggadaikan maruah agama kerana kejahilan yang teramat dahsyat!

Kalau kita kembali kepada sejarah, Antara sebab2 internal jatuhnya zaman khalifah adalah penjajahan barat terhadap Turki semakin menusuk tatkala mereka berhasil meraih generasi muda Turki dengan pendidikan ala barat. Tentu saja semua itu untuk mendapatkan satu tujuan, iaitu sekulerisasi selapis generasi. Maka lahirlah kemudian generasi baru yang anti Islam, Islamo-phobia, sekuler, liberal dan berotak barat.

Mereka inilah yang kemudian didukung oleh Eropah untuk menumbangkan lembaga khilafah Islamiyah. Tercatat tokohnya adalah Mustafa Kemal Ataturk yang terlaknat. Sosok ini telah berhasil menumbangkan khilafah pada tahun 1924 menerusi gerakan Turki Muda.

Sayangnya, hujaman belati mematikan ini justeru masuk ke dalam pelajaran sejarah di negera kita sebagai kebangkitan, bukan sebagai kejahatan. Rupanya, jaring-jaring kerja bangsa-bangsa kafir itu sedemikian luas, sehingga sosok Kemal Ataturk yang zalim itu, justeru muncul dalam buku sejarah kita sebagai pahlawan.

Padahal Kemal telah melakukan dosa yang bahkan Iblis pun tidak pernah melakukannya. Sebab khilafah sudah ada sejak zaman Rasululullah SAW hidup, yakni sejak 15 abad yang lalu. Selama itu, umat Islam belum pernah hidup tanpa ada khilafah. Iblis dan para jin tidak pernah mampu menumbangkannya. Tiba-tiba seorang sekuleris yang nota bane agamanya masih Islam, malah menumbangkannya!

Hasilnya, sejak jatuhnya khilafah Turki, umat Islam masuk dalam bid’ah kubro. Sebuah bid’ah teramat besar yang melebihi semua jenis bid’ah yang pernah ada. Dan tentunya sangat dibenci dan dimurkai. Sebuah bid’ah berupa umat Islam hidup tanpa naungan khilafah.





Zaman kegemilangan khilafah itu pasti akan muncul tiba suatu masa nanti. membenarkan sabdaan Rasulullah s.a.w. ALLAHU AKBAR!