Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Wednesday, June 20, 2012

Hadiah dariNYA


Tidak dapat digambarkan perasaan sepanjang perjalanan ke kuliah. Pertama kali rasa ambil result sendiri. Selalunya orang lain yang tolong uruskan. Debaran tu hanya ALLAH yang tahu.

ALHAMDULILLAH~!
Qul.. "Haza min fadhli Rabbi…" 

Hanya itu yang mampu terlafaz tika itu.

Perjalanan balik menaiki tremko aku tempuhi penuh kesunyian. Tenggelam dalam dunia ciptaanku sendiri tanpa mempedulikan orang-orang arab disekelilingku yang sentiasa dalam kebingitan.


"ALLAH sentiasa tahu dan bagi yang terbaik buat kita kan? Walaupun mungkin tidak nampak terbaik dimata kita dan dimata mereka, tapi terbaik dipandangan ALLAH. Bukankah itu lebih baik?" Cuba mengambil masa bermuhasabah diri.

Manusia terkadang alpa dan lupa. Sudah menjadi fitrah kejadian. Seringkali mereka mengharap dan mengimpikan yang terbaik, kemudian bila ALLAH bagi sesuatu yang kurang dimata penilaian mereka dan insan-insan lain, mereka jadi lupa. Lupa untuk bersyukur. Dan tidak kurang juga ada yang menyalahkan takdir ketentuanNYA.

Itulah manusia!

"Jika kamu bersyukur, akan aku tambahkan nikmat keatasmu. Dan jika kamu kufur(pada nikmat),sesungguhnya azabku amatlah pedih" Ini janji manis dan janji buruk yang jelas ALLAH sebut dalam Quran kan?

 Lantas, aku teringat satu kalam taujihat penuh hikmah yang sangat memberi inspirasi ni;


"Dapat banyak ka, sikit ka, yang penting SYUKUR kena banyak!" 

Terasa seperti disambar petir. Aku sedar ke dunia realiti. Dan,saat itu juga terasa mata pedih dan air mata pun laju mengalir. Aku menangis dalam tremko! Ish… memalukan!>_< Tapi,bukankah air mata kerana ingat nikmat ALLAH akan menjadi salah satu penyelamat dari api neraka?

 "Perasaan menghadapi kejayaan tersangatlah indah, apatah lagi sesudah merasai nikmatnya kepahitan sebuah kegagalan. Dua-duanya pernah aku rasai. Dan, perasaan itulah yang menjadikan jiwa dan diri ini sekuat hari ini dan hari mendatang insyaALLAH!"^__^

Pastinya, orang pertama yang aku cari dan luahkan segala curahan rasa adalah mereka yang jauh, keluarga tercinta. Suara kegembiraan dan kata-kata semangat mereka semakin menjadikan aku kuat. Rasa macam mau terbang sekarang! ^__^

USUL FIQH! Pastinya ini yang akan menjadi kenangan,pengajaran serta kekuatan buat diriku! I love this 'maddah' very much! Rasa sangat semangat dan nda sabar mo naik pangkat dan mulakan semester baru. TAHUN 4! The last one step to go! By the way, cuti tetap cuti kan? ^__^


"Aku bukanlah seorang pelajar pintar, apatah lagi cerdik pandai dan jauh sekali pelajar cemerlang. Apa yang pastinya, yang membawa aku hingga ketahap sekarang ini adalah kerana kurnia dariNYA. Dan berkat doa yang tidak putus dari dua orang insan yang bergelar ibu dan bapa. Semoga ALLAH redha pada usahaku. Dan aku yakin, ini HADIAH TERBAIK dariNYA!" 

Tiada kata selayaknya yang paling terindah untuk dilafazkan disaat dan ketika ini selain
ALHAMDULILLAH 
ALHAMDULILLAH 
ALHAMDULILLAH~ 

Juga, terima kasih buat yang sentiasa mendoakan.

Monday, June 11, 2012

Sweet escape~

Alhamdulillah...

Semalam, kami (barisan Exco BKPSM) sudah pun buat meeting. Bincang itu dan ini. Bentang program-program terdekat. Yang menjadi fokus kami kali ini ialah berkaitan 'memorendum' dan perjumpaan bersama pihak penaja (Yayasan Sabah) time cuti nanti. 'Kebajikan anak-anak Sabah harus diutamakan!'


Susah jugak kalau majoriti AJKT balik bercuti kan. Kesian yang nda balik, kena pangku banyak kerja. hehe. Xpa, nanti kami kasi bawak ole-ole ya? ^__^

Meeting pun sudah, urusan selesai sudah. So, it's time to holiday! Pagi ni akan bertolak ke Iskandariah, spend time disana sekejap sementara menanti yang lain habis exam. Yeah! adik-adik junior yang plan mau holiday sama-sama tu,jangan jeles yaaa...=)

Antara program terawal WISA untuk summer break ni! Rehlah Walk 'n Round~ Jom! ^__^

Antara program yang akan menyusul lepas rehlah ni, Health Care Day yang dijangka pada hujung Jun bersama dengan 'Diskusi Kitab'. Then, program 'Minggu Jilul Quran' pada awal Julai. 

Balik ja dari Alex nanti, jadual memang sangat fit. Xpa, lepas tu fly away sudah! ^____^

Okla, got to go.... takut peristiwa kejar train berulang lagi. So, kena sedia cepat! Bye. Jumpa di Iskandariah! ^_^

Sunday, June 10, 2012

Imam Maliki, pengarang kebenaran #2


Seperti yang dijanjikan, siap jugaklah sambungan entri pasal novel sejarah Imam Malik. Semoga bermanfaat. ^__^


Dihukum sebat 

Imam Malik merupakan salah seorang ulama' yang turut menjadi mangsa kekejaman pemerintah sama seperti Imam Abu Hanifah. Tapi, tidaklah seteruk Imam Abu Hanifah yang diseksa sehingga meninggal dunia didalam penjara.

Imam Malik dihukum sebat oleh Gabenor Madinah, dek kerana fitnah yang dilemparkan keatas dirinya oleh salah seorang ulama Madinah yang memusuhinya iaitu Syobiyah.

Segalanya bermula ketika salah seorang anak murid Imam Malik bertanya akan perihal talak yang dilafazkan dalam keadaan dipaksa. Imam Malik pun mengeluarkan fatwa bahawa apa-apa sahaja yang dipaksa hukumnya tidak sah. Termasuklah sekiranya seorang khalifah itu dilucutkan kuasanya secara paksa lalu diganti dengan orang lain.

Syobiyah yang pada waktu itu mendengar fatwa Imam Malik terus naik berang dan mengadukan perkara itu kepada Gabenor Madinah. Gabenor turut berasa marah lalu bertemu dengan Imam Malik meminta beliau menarik balik fatwa tersebut kerana bimbang rakyat akan menjadikan fatwa itu sebagai alasan untuk menentang khalifah Abu Jaafar al-Mansur kerana beliau menaiki takhta atas lantikan abangnya, khalifah Abbas as-Saffah tanpa persetujuan rakyat secara umum.

"Fatwa itu bersandarkan hadis nabi yang shahih. Sekiranya saya menarik semula fatwa itu bererti saya menolak hadis nabi Muhammad SAW." Tegas Imam Malik.

"Letakkan dia diatas unta dan bawa berjalan di sekeliling kota Madinah. Beritahu orang ramai inilah ulama' pendusta!" Suruh Gabenor.

Imam Malik tetap dengan pendiriannya walaupun dijatuhkan hukuman. "Saya bukan pendusta. Saya berkata benar. Tidak sah talak yang dipaksa." Kata Imam Malik.

Gabenor menjadi marah. Dia menyuruh Syobiyah memukul belakang Imam Malik dengan tongkat. "Saya dipukul kerana mempertahankan urusan agama. Ulama sebelum saya juga pernah dipukul malah ada yang dibunuh….." Syobiyah terus memukul belakang Imam Malik sehingga beliau pengsan.

Melihat penyeksaan yang dilakukan kepada ulama kesayangan mereka,orang ramai pun hilang sabar lalu bertindak menyelamatkan Imam Malik. Kemudian beliau diberikan rawatan. Dibahagian belakang badannya terdapat 70 kesan pukulan hingga salah satu tulang rusuknya cedera teruk.

Penyeksaan yang dilakukan Gabenor Madinah, Jaafar dan Syobiyah terhadap Imam Malik itu adalah diluar pengetahuan khalifah Abu Jaafar al-Mansur. Mendapat tahu akan berita itu,khalifah berasa sangat marah lantas melucutkan jawatan Gabenor Madinah dan syobiyah serta menjatuhkan hukuman keatas mereka. 

Kitab muwatta' 

Imam malik menghafal 100,000 hadis tetapi tidak semua hadis itu dijadikan sumber hukum dan rujukan. Selepas ditapis dengan teliti, Cuma 10,000 hadis sahaja yang diakui sah. Kemudian daripada 10,000 yang diakui sah itu disiasat dan dipadankan dengan firman ALLAH. Akhirnya, tinggal 5000 hadis sahaja yang benar-benar diakui sah yang diterimanya sebagai sabda Rasulullah SAW.

Dan akhirnya hanya 1720 buah hadis dimuatkan kedalam kitab muwatta' yang masyhur kita gunakan hingga ke hari ini. Ketelitian Imam Malik dalam berurusan dengan hadis Rasulullah SAW terbukti apabila beliau mengambil masa selama 40 tahun untuk menyiapkan kitab tersebut. Mula ditulis dengan cadangan dan perintah dari khalifah Abu Jaafar al-Mansur dan siap semasa pemerintahan khalifah Harun ar-Rasyid.

Pada suatu malam, Imam Malik mimpi bertemu Rasulullah SAW. Dalam mimpi tersebut baginda SAW menyuruh kitab itu disebarkan kepada manusia. Oleh kerana itu Imam Malik menamakan kitab yang dihasilkan dengan nama Muwatta' yang membawa maksud; disepakati atau tunjang atau panduan dalam ilmu dan hukum agama. 

Beberapa fakta yang ramai kurang mengetahuinya dan perlu diketahui; 

* Imam malik dikandungkan ibunya selama 2 tahun dan pendapat mengatakan 3 tahun.

* Sejak kecil, beliau mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam bidang nyanyian. Pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi penyanyi kepada ibunya. Tetapi ibunya mahu beliau menjadi ulama yang terbilang mengikut jejak langkah nenek moyangnya.

* Imam Malik suka makan daging dan buah pisang. Beliau gemar makan pisang kerana katanya, pisang itu seumpama buah dari syurga kerana buah itu boleh didapati pada musim panas dan sejuk.

* Imam Malik akan memakai pakaian yang cantik dan bagus serta berwangi-wangian ketika mengahadiri majlis ilmu dan ketika membaca Hadis Baginda SAW.

* Menjadi sikap Imam Malik apabila berjalan, beliau tidak mahu sesiapa berada dibelakangnya. Beliau tidak akan berjalan mendahului orang lain malahan akan berjalan beriringan dengan orang itu.

* Imam Malik tidak pernah menolak sebarang pemberian dari sesiapa pun termasuklah para khalifah. Setiap kali mendapat hadiah yang berbentuk duit, beliau akan mendermakan kepada fakir miskin atau anak muridnya yang memerlukan.
***

Alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan sedikit perkongsian daripada novel sejarah Imam Malik ni. Semoga bermanfaat buat sahabat sahabiah sekalian. Untuk tahu lebih lanjut, silalah dapatkan buku ni dan selamat membaca! ^__^

Saya akhiri perkongsian kali ini dengan salah satu nasihat Imam Malik yang sangat terkesan dihati ini;

"ALLAH tidak kasih kepada hamba-hambaNYA yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat ALLAH itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu." 


"Siapa mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dahulu dirinya kedalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat kelak." 

 Wallahu ta'ala a'la wa a'lam~

Saturday, June 9, 2012

Imam Maliki, pengarang kebenaran. #1

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…
Buku pertama yang berjaya dikhatamkan untuk cuti kali ini. Rasanya macam mau kongsi setiap lembaran dari buku tu. Semuanya menarik!


Ok, kita mulakan dengan serba ringkas tentang riwayat hidup ulama' terbilang ini.

Imam Malik merupakan pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95hijrah bersamaan 712masihi dan wafat pada hari ahad 14 Rabiulawal tahun 179hijrah ketika berusia 86 tahun.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Imam Malik dikandungkan ibunya selama 2 tahun dan ada pula pendapat mengatakan 3 tahun. Beliau dikurniakan kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau berjaya menghafaz Al-Quran ketika diusia masih kecil. Imam malik mempunyai akhlak yang sangat baik, suka berpakaian bersih dan bagus serta suka kepada wangi-wangian.

Muhaddithin.

Imam Malik merupakan salah seorang muhaddithin(ahli hadis) yang tersohor. Sewaktu diusia mudanya, beliau seorang yang sangat cintakan ilmu. Setelah berguru mempelajari ilmu Quran dan Feqah, beliau beralih pula kebidang Hadis. Beliau berguru dengan Ibnu Syihab az-Zuhri.

Imam malik datang berguru Hadis dengan membawa seutas tali sahaja. Setiap kali mendengar gurunya membaca sebuah hadis, dia membuat satu simpulan pada tali itu bagi memudahkan dia mengingatinya. Perbuatan imam malik itu menimbulkan rasa hairan pelajar yang lain lalu mengadukannya kepada guru mereka.

"Apa yang kamu lakukan?" tanya Ibnu Syihab.


"Saya sedang belajar" jawab Imam Malik.


"Saya lihat kamu asyik bermain tali" 

"Saya sedang menghafal hadis-hadis yang tuan bacakan." 


"Bagaimana kamu melakukannya?" 


"Setiap kali saya mendengar tuan membaca sebuah hadis,saya menghafalnya lalu saya buat satu simpulan pada tali ini,dengan itu memudahkan saya mengingatinya." Jawab imam Malik.

Bagi menguji kebenaran kata-kata itu, Ibnu Syihab menyuruh Imam Malik membaca sebuah hadis yang baru dibacakannya. Imam Malik membacanya dengan lancar tanpa sepatah huruf pun yang tinggal. Semua kagum dengan kebolehan Imam Malik.

Sejak itu ramai yang cuba meniru cara Imam Malik menghafal hadis dengan menggunakan simpulan pada tali tetapi mereka tidak berjaya. Mereka juga bertanyakan rahsianya namun Imam Malik sendiri tidak dapat menjelaskannya.
"Sesungguhnya saya sangat menghormati serta mencintai hadis Rasulullah SAW. Setiap kali mendengarnya saya tumpukan sepenuh perhatian hingga seolah-olah dada saya terbuka bagi menerima kemasukan hadis-hadis itu lalu terus melekat dalam ingatan saya." Beritahu Imam Malik.

Pernah suatu hari Gabenor Madinah datang mendengar hadis yang dibacakan Imam Malik. Imam Malik terus membaca tanpa menghiraukan kedatangan Gabenor tersebut. Orang ramai bimbang sekiranya menimbulkan kemarahan penguasa Madinah itu.

"Mengapa kamu tidak menghiraukan kedatangan saya?" Tanya Gabenor selepas selesai Imam Malik membaca hadis. 
"Tuan Gabenor, ketika tuan datang tadi saya sedang membaca hadis. Saya bimbang mendapat kemarahan tuannya." Jawab Imam Malik sambil menunjuk kearah maqam Rasulullah SAW.

Tidak menunggang kuda.

Satu lagi tanda betapa Imam Malik terlalu cinta dan mengagungkan Baginda Muhammad SAW ialah beliau tidak akan menunggang kuda dikawasan Madinah. Imam Malik membeli seekor kuda untuk digunakan ketika keluar dari kota Madinah bagi memudahkan perjalanannya. Namun ada sesuatu yang menghairankan orang ramai. Salah seorang dari mereka memberanikan diri bertanya.

"Mengapa tuan tidak menunggang kuda ini? Bukankah tujuan tuan membelinya bagi dijadikan tunggangan?" 
"Bukankah disini terdapat jasad yang mulia Nabi Muhammad SAW?" tanya Imam Malik pula.
"Benar. Tapi apa pula kaitannya?" tanya orang itu pula.

"Saya malu kepada ALLAH sekiranya memijak-mijak bumi yang didalamnya terdapat jasad Rasulullah SAW dengan tapak kaki kudaku." Balas Imam Malik. Beliau hanya akan menunggang kuda sekiranya sudah sampai dipinggir kota Madinah.


Penasihat pemerintah.

Salah satu kelebihan Imam Malik ialah beliau disayangi oleh ramai orang termasuklah pemerintah. Bermula dari Gabenor wilayah hatta Khalifah. Sikap beliau yang agak lembut dalam menghadapi sebarang masalah politik menjadikan beliau lebih disenangi berbanding Imam Abu Hanifah yang agak lantang dan berani mengeluarkan sebarang fatwa dan menunjukkan protes terhadap khalifah yang dianggapnya zalim.

Ketika Zaid bin Ali cucu Husain bin Ali cuba menentang Khalifah Hisyam(kerajaan Bani Umaiyyah), beliau mendapat sokongan daripada Imam Abu Hanifah apabila beliau mengeluarkan fatwa dibolehkan menentang Khalifah Hisyam kerana berlaku zalim. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Seutama-tama jihad adalah kata-kata yang benar pada pemerintah yang zalim. Seutama syahid adalah orang mati dibunuh oleh pemerintah kerana mengucapkan kata-kata yang benar dihadapan pemerintah yang zalim itu" kata seorang ulama yang menyokong pemberontakan Zaid.

Namun, Imam Malik tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Beliau berbeza pendapat dengan Imam Abu Hanifah dalam masalah itu. Beliau tidak merestui perlawanan menentang kerajaan, meskipun kerajaan itu zalim, kecuali yang benar-benar diyakini, dengan perlawanan itu kerajaan yang zalim dapat ditumbangkan. Sekiranya memberontak pada kerajaan yang zalim dan diyakini penentangan tidak berjaya, perjuangan itu hanya sia-sia. Imam Malik lebih suka memberi nasihat kepada khalifah daripada mengangkat senjata.

Oleh kerana pendirian Imam Malik yang tidak menyokong pemberontakan khalifah Hisyam itu menyebabkan penduduk Mekah dan Madinah tidak menyertai pemberontakan Zaid. Benarlah seperti telahan Imam Malik, pemberontakan itu gagal dan ramai pahlawan yang mati sia-sia akibat pertempuran sesama umat islam.

***

Pada pendapat dan pengamatan saya yang dhaif ini, inilah yang dinamakan 'khilaf dikalangan umatku adalah rahmat'. Sikap keras Imam Abu Hanifah dan kelembutan Imam Malik punya kelebihan masing-masing dari sudut pandang yang berbeza. 


Dari sudut pandang yang pertama, sikap berani dan lantang Imam Abu Hanifah dalam mengeluarkan fatwa telah menerbitkan rasa gerun dihati khalifah Hasyim sehinggakan khalifah tidak senang duduk dan berfikir mencari jalan untuk meredakan pemberontakan yang ingin dilakukan rakyat. 


Walaupun ternyata pemberontakan itu tidak berjaya, pengajarannya ada buat khalifah Hasyim. Setelah peristiwa itu, beliau bertindak lebih berhati-hati demi menjaga hati rakyat sekaligus mempertahankan kedudukannya sebagai khalifah pada masa itu. 


Dan dari sudut pandang yang kedua pula, kelembutan Imam Malik dalam menghadapi sikap khalifah yang dikatakan zalim itu mendatangkan kebaikan serta keuntungan yang amat besar. Dengan sikap berkecuali Imam Malik itu, membuatkan khalifah Hisyam bertambah sayang padanya. Semakin kerap mereka berjumpa dan semakin banyak nasihat yang diberikan Imam Malik kepada khalifah. Natijahnya, khalifah Hasyim semakin lembut hati dan akhirnya tenggelam dalam keinsafan.

***

Apa yang dapat kita lihat daripada kehidupan para khalifah dizaman sahabat dan tabi' tabi'in ialah peranan besar ulama' yang memberi pengaruh dalam sistem kepimpinan para khalifah. Martabat ulama' pada masa itu diangkat tinggi serta menjadi tulang belakang para khalifah dari segi memberi khidmat nasihat dalam apa jua perkara yang melibatkan rakyat dan negara. Natijahnya, keputusan yang diambil oleh para khalifah adalah bersandarkan al-Quran dan Hadis melalui perantaraan para ulama'. 


Dan yang sedihnya keadaan ulama' kita pada hari ini jauh sekali jika dibandingkan zaman dahulu. Tugas ulama' sebagai penasihat kepada pemerintah tidak lagi dipraktikkan jauh sekali diambil berat. Jangan kata negara-negara bukan arab sahaja, bahkan negara-negara islam yang bersilsilah arab sekalipun kurang mengamalkannya. Ulama' hanya diberi mandat untuk mengajarkan ilmu di masjid-masjid, sekolah dan sebagainya. Pemerintah lebih senang mengambil keputusan tanpa merujuk kepada ulama serta lebih memberi kepercayaan kepada orang kanan mereka seperti wazir dan menteri yang bukannya pakar dalam bidang agama. 


Malahan, jika para ulama' bersuara, pastinya suara-suara mereka hanya dipandang sepi dan adakalanya dianggap menentang pemerintah. Inilah hakikat yang kita alami sekarang. Impak daripada tidak menggunakan khidmat ulama' inilah yang membawa banyak mudharat kepada negara dan khususnya rakyat.


Cukup setakat ini dulu ya? akan bersambung dalam entri yang seterusnyaaa.... ^_^