Frasa ayat ni yang selalu kita dengar tiap kali tibanya musim bola kan… secara umumnya,bukanlah menjadi satu kesalahan meminati bola ni.. tapi,yang musykilnya,sekarang ni tiba2 muncul pulak cerita judi bola sepak…apa kes ni?
Kenyataan seorang menteri dalam akhbar :
"kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Lagi Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,”
Memanglah sebelum2 ni ramai dikalangan puak2 yg cetek ilmu serta kurang kesedaran agama mengamalkan sistem judi ni.. kalau anda jadi pemimpin,apa yg anda akan buat??saya rasa kalau anda mempunyai kepekaan terhadap hukum ALLAH yg dah jelas,terang lagi bersuluh, sdh tentu anda akan berhabis-habisan cuba cari jalan untuk hapuskan sistem judi ni kan… amat menyedihkan bila dapat tau kerajaan sudah mengeluarkan kelulusan lesen perjudian kejohanan bola sepak dunia 2010..!! aduh!!! bukankah ini 1 jalan yg akan lebih mendorong masyarakat kepada hal yg amat dimurka ALLAH??..
Sedih kan…perkara yang jelas2 ALLAH dah haramkan,boleh2 pulak dihalalkan..kenapa perlu luluskan lesen judi tu? Dimana letaknya “status islam” dikalangan mereka yang diagung-agungkan sebagai golongan berilmu,intelektual,berkepimpinan?
Inilah akibat salah pilih pemimpin… salah pilih organisasi yang sememangnya jelas mengikut acuan pemerintahan bercorak sekular kapitalisme….
“ Ya ALLAH,selamatkan akidah umat islam..”


No comments:
Post a Comment