pada 26sept yang lalu,bersamaan 7syawal,sahabat kami Nurul Atiqah Md Ridzwan mengadakan majlis rumah terbuka khas di terataknya yang terletak berdekatan One Borneo. Nama tempat tu tak berapa ingat la. Dia yang bekerja di Petronas Labuan terpaksa berulang alik ke k.k. Tapi,tak lama lagi dia akan berpindah disalah sebuah bank di K.K. Tahniah tyqa!!(aku dah balik mesir baru kau stay di kk ar..huhu)
Yang sedihnya,tak berapa ramai kawan-kawan kami yang dapat datang dan berkumpul bersama,sibuk dengan acara sendiri barangkali. Hanya saya,Norzie(kini mengajar disebuah sekolah ugama di kionsom,inanam),Shariza(insaniah kedah) bersama tunang dan keluarganya yang dapat bersama2 berkumpul pada hari itu. Teringat kenangan sewaktu berada ditingkatan 6,rindu suasana itu!
Walaupun tidak seramai dulu,suasana masih terasa meriah. Macam2 cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama. Kemeriahan bertambah dengan sikap ramah ahli keluarga tuan rumah. Memang hubungan kami agak rapat terutama dengan mak & ayahnya. Sempat jugak merakam gambar kenangan bersama mereka. Agak lama keberadaan saya disana, dah jadi macam tuan rumah pulak,hehe.. Selepas maghrib barulah saya beredar pulang itupun ikut tumpang kereta mereka. Macam tuan puteri la pulak.
Buat mereka sekeluarga, Terima kasih yang tak terhingga.
Aidilfitri menjenguk kembali..setelah tahun lalu meraikannya diperantauan bersama kawan-kawan,tahun ini saya diantara orang yang terpilih untuk meraikannya di Tanah Air tercinta bersama ahli keluarga & orang2 tersayang..sejuta kesyukuran kupanjatkan kepadaNYA atas kesempatan ini.
Sambutan aidilfitri tahun ini agak berbeza sedikit dari yang sebelum ini.boleh dikatakan lebih meriah,mungkin kerana kepulangan saya & kehadiran ahli baru dalam keluarga kami iaitu anak kepada kakak saya yang sulung.beberapa hari menjelang hari raya,memang teramatlah sibuk.demi merealisasikan impian mereka yang menginginkan suasana baru,fuh…
1 syawaL (20 sept 2009)
Seperti biasa,sememangnya kesayuan memenuhi ruang hati setiap kali dipagi raya.apatah lagi,mendengar alunan takbir yang sungguh merdu & mengharukan.kesayuan bertukar menjadi ceria setelah semuanya berkumpul untuk makan bersama2 & sesi bergambar..macam2 gelagat,dan pastinya gelagat si kecil menjadi tumpuan.
Kehadiran tetamu disambut penuh kegembiraan.teramatlah sesak keadaan rumah ketika itu,memang terasa kemeriahannya.tak menang tangan melayan tetamu yang terdiri dari ahli keluarga & kawan2 adik bradik yang lain.tapi,sempat jugak escape sekejap2..hehe..petangnya,kami pergi beraya di rumah famly kat telipok & likas..lepas tu,balik la sebab penat makan,hehe..
02 syawaL (21 sept 2009)
Hari ke2 raya ni,kami ada misi iaitu mencari duit raya.!!hahaha..bukan bah..kami sambung beraya lagi..dari tanjung aru ke putatan dan seterusnya ke petagas.sempat pegi 4buah rumah la jugak..sampai rumah dekat maghrib.lepas maghrib tu jalan lagi.round2 k.k sekejap.=)
03 syawaL (22 sept 2009)
Hari ke3 ni lagi la parah punya penat..kami beraya di keningau lagi..bertolak dari rumah jam7 setengah pagi.lambat bangun punya pasal semua pun kelam kabut,hahaha..sampai di Keningau lebih kurang jam9 lebih.ahli keluarga semua sudah menanti kedatangan kami,terasa seperti rombongan pengantin la pulak,hehe..puas jugaklah round2 keningau sampai 5buah rumah kami ziarahi.best memang best..!!walaupun kepala rasa sakit sangat sebab jalan jauh..sempat jugak menapau kuih raya untuk bawak balik ke mesir nanti,hahaha..makcik2 kami memang sporting!!hehe..
Rindu semua famly disana.Yang xbestnya saya xterlepas dari soalan2 bonus mereka..
“tak lama kawin orang arab la ni kn..”skrip yang sama berulang disetiap rumah yang kami ziarahi.hanya mampu tersenyum dan menjawab dalam hati..
“mana boleh..setia dengan orang Malaysia bah..hahaha”tertawa sendiri didalam hati.
Sudah puas beraya,kami pun bertolak balik ke k.k…sedih meninggalkan family disana..kami sampai dirumah hampir waktu maghrib..penat yang tak terkata..
perginya dengan sebuah harapan.. harapan yg menggunung tinggi.. biarlah perginya membawa bersama dosa2 hamba yang kerdil ini..
**dikesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua..xkira dimana pun anda berada..sesiapa sahaja yang mengenali saya..terutama kepada ahli keluarga & kawan2 seperjuangan yang disayangi.. ampun maaf segala kekhilafan,terkasar bahasa,terlanjur bicara.. Semoga syawal yang bakal tiba tidak lama lagi akan memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua..AMEEN...
p/s: Raya nanti jemputlah datang ke rumah.!! Bukan rumah di mesir ar.. Di sabah bah..hehe..
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan.. oh tuhan maha kuasa terima taubat hamba berdosa.. ku akui kelemahan diri.. ku insafi kekurangan.. ku kesali kejahilan ini.. terimalah.. terimalah.. terimalah.. taubatku ini..
~petikan lagu "taubat seorang hamba" by Irsyadee feat Hafiz UNIC~
RAMADHAN KAREEM semakin jauh mengorak langkah untuk pergi meninggalkan kita. akankah ada peluang lagi untuk bersua RAMADHAN yang akan datang??..
"YA ALLAH,janganlah RAMADHAN berlalu meninggalkan kami selagi dosa-dosa kami belum terampun..sesungguhnya ENGKAU maha penerima taubat lagi maha pemurah...AMIN..
**Rasulullah s.a.w bersabda:"Lailatulqadar berlaku pada sepuluh akhir bulan ramadhan.sesungguhnya ia berlaku pada malam2 ganjil,pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.esiapa yang bangun beribadat pada malam itu dengan iman & niat untuk mendapat ganjaran,semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.
Antara tanda2 Lailatulqadar ialah keadaan terang dengan langit yg bersih,tenang lagi sunyi,tidak terlalu panas atau sejuk.seolah2 bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).bintang2 tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
Sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat.Ia terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.ALLAH telah mengharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu(sebaliknya pada hari2 yg lain syaitan akan muncul ditempat matahari terbit).
**Hazrat 'Aishah r.anha berkata:"Ya Rasulullah,beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatulqadar,apakah doa yang sepatutnya saya pohon?"
Rasulullah s.a.w bersabda,"katakanlah:
"Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan,maka ampunilah aku.."
Hanya Allah yang tahu rahsia kehidupanmu. Jika kau rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...
"Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah.. tika tangan letih menggapai cita-cita,maka berdoalah.. tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.. ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t.. agar tunduk disaat yang lain angkuh, agar teguh disaat yang lain runtuh,agar tegar disaat yang lain terlempar.."
"mendung tak bererti hujan, sayang tak bererti cinta, senyum tak bererti gembira, sedih tak bererti duka, diam tak bererti lupa,jauh hanya jarak, tapi hati sentiasa sayang.."