Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Thursday, March 11, 2010

Hiwar(perbualan) antara wanita & syaitan ketika sakaratulmaut (1)


Gambar adalah sekadar untuk hiasan.

Wanita : " Logikkah aku mati? tidak logik! aku masih terlalu kecil untuk mati.. umur aku baru 24tahun,tidak  ragu lagi bahawa aku ini sedang bermimpi, dan aku rasa sekejap lagi tabib akan datang..akan datang.. aku mahu segelas air,tekakku terasa sangat kering.

kenapa tidak ada seorang pun yg menjawab aku?

abi..ummi.. kamu kamu tidak mendengarku?"

Syaitan : "aku mendengarmu wahai pemudi,tidak ada seorang pun yg mendengarmu melainkan aku."

Wanita : "kamu? dimana kamu? dan siapa kamu?"

Syaitan : "aku adalah qarinmu,aku adalah syaitan."

Wanita : aku berlindung dengan nama ALLAH daripada engkau.. ini hanyalah gurauan,pasti ini seolah-olah kabus,yang pasti akan hilang nanti.

Syaitan : berlindung daripada ALLAH?? sekarang engkau menyebutnya?kenapa engkau tidak menyebutkan semasa hayatmu?sekarang kau sedang sakaratulmaut baru engkau mahu menyebutnya? betapa malangnya engkau..ha..ha..ha..

Wanita : maut? maut apa?aku ini masih terlalu kecil.

Syaitan : sejak bila maut itu mengenal kecil atau besar,tua atau muda?sesungguhnya maut itu tidak mengenal apapun.

Firman ALLAH yang bermaksud : " ketika datang ajal mereka,tidaklah dapat dilambatkan atau dicepatkan "

Syaitan : aku kini berehat daripada engkau setelah selesai tugasku.

Wanita : tugas? apakah tugasmu wahai si celaka?

Syaitan : tugas aku bermula sejak penciptaan adam a.s, pada hari itu aku telah berjanji akan menyesatkan bani adam.dan,sejak detik itu makhluk ALLAH terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: ALLAH dan syaitan.

Wanita : aku berlindung dengan nama ALLAH daripada engkau. aku daripada ALLAH. aku..aku..lebih baik daripada orang lain.

Syaitan : aku lebih baik dari orang lain..aku lebih baik dari orang lain. ayat yang sangat indah! lihat! orang2 yg berada dineraka pada tingkat keempat,mereka berkata kami adalah lebih baik daripada selain kami dikalangan ahli neraka yang paling bawah.. semuanya di neraka,semuanya dalam kesesatan,tidak ada beza antara sesat jauh & dekat.

Wanita : akan tetapi,aku bukanlah orang yg berdosa,aku seorang muslimah,dosaku kecil sahaja.

Syaitan : tidak! tidak wahai orang yang rugi. sesungguhnya dosamu sangat besar,tetapi aku telah mengecikannya dimatamu,dan aku telah hiaskannya,dan aku telah permudahkannya!

Firman ALLAH yang bermaksud : " dihiaskan oleh syaitan amalan2 kamu "

engkau memohon jannah (syurga) sekali,aku memohon nar (neraka) 1000 kali untukmu!

Wanita : apakah dosaku wahai iblis laknatullah?

Syaitan : dosa yg paling utama,paling besar,paling aku sukai adalah meninggalkan solat.aku membuat engkau mengakhirkannya,menundakannya,meringankannya dan akhirnya meninggalkannya! sehingga mati hatimu..sesungguhnya beza antara muslim & kafir adalah pada solatnya.barang siapa yg meninggalkannya,maka dia telah kafir!

Wanita : laknat ALLAH keatas engkau! adakah lagi dosaku selain ini?

**to be continue... sambungan cerita masih dalam proses penterjemahan..nantikan posting seterusnya..ma'assalama...^_^






No comments: