Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, March 20, 2010

kehadiran yg tidak disangka!

Betapa girangnya hati tatkala mendapat berita bahawa imarah sabah akan didatangi oleh tetamu istimewa dari sabah! awal pagi tadi kami bersedia menanti tetamu istimewa..lebih kurang jam10 pagi mereka pun tiba. siapa?? YB DATO Ariffin Arif,ADUN daerah Membakut berserta rombongan. apa yg menambahkan lagi kegirangan kami adalah kehadiran ustazah yang sangat2 kami rindui,iaitu Ustazah Nurhayati Muluk,yang telah banyak  mencurahkan ilmu kepada kami ketika menuntut di bumi SMUI Toh Puan Hjh.Rahmah suatu masa dulu.

Mereka sebenarnya dalam niat untuk mengerjakan umrah,tetapi singgah sebentar di bumi mesir selama 2hari..sangat2 terharu dgn kesudian mereka melawat kami di teratak sabah state di kaherah ni..syukran jazilan!

kerinduan terubat sedikit apabila ustazah norhayati diberi penghormatan untuk memberi sedikit ucapan serta nasihat kepada kami pagi tadi..rindu rasanya hendak berguru lagi! teringat kenangan di tohpuan dulu..rindu kembali menggamit!

Banyak nasihat yg mereka berikan kepada kami.. antara yg paling saya ingat,kata2 YB dato' Ariffin, "DIMANA BUMI DIPIJAK,DISITU DAKWAH DIJUNJUNG"


Dan..pesanan ustazah Norhayati pulak..rajin2 datang kuliah,ulangkaji & taqarrub kepada ALLAH..ustazah sempat pesan jugak.. "cepat2 habis belajar,Tohpuan sangat2 dahagakan kamu sebagai bakal pencurah ilmu". sangat2 terharu..terima kasih ustazah!


Buat kawan2 yg di muhafazah lain,ustazah kirim salam,dengan pesanan belajar rajin2..


** sempat jugak begambar ngan ustazah..hehehee....~~~ 
ustazah bersama rombongan....

jelas tergambar kegembiraan diwajah anak2 tohpuan..hehe

bersama ustazah tersayang..heee..~~

No comments: