Ini adalah diskusi antara seorang pensyarah bersama studentnya di sebuah pusat pengajian tinggi berkaitan isu "sweet couple dikalangan remaja".

** mereka kata : "Kami tidak berzina!"
Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina
** Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan
** Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis
** Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
** Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman. (Muslim dan Abu Daud)
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan
** Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
** Tentu ada cinta secara Islam!
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia
** Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya! kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
** Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
** Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.
Firman Allah yang bermaksud :
Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (Al-A’araf:ayat 19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
** Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat (antara lelaki & perempuan) boleh ke? ganti bercinta ?
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
** Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak hanya Allah berhak menentukan.bukan sesama manusia.
** Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.
Allah berfirman yang bermaksud :
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)
Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
** Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik
** Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ‘second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya
Dan ingat! mereka tidak akan menjatuhkan maruah kamu dihadapan kamu, tetapi mereka akan mula berkata dibelakang kamu! itulah hakikat,realiti kehidupan yg tidak semua kamu ketahui. rambut sama hitam,hati lain2..!!
Firman Allah yang bermaksud :
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)…Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."(Al-Ahzab: ayat 35)
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak akan kemana. Percaya & yakinlah! ajal maut,rezeki,jodoh pertemuan ditangan ALLAH.semuanya telah ditentukan..




No comments:
Post a Comment