Apa itu usrah? Dan apa itu sc? Usrah kalau ikut bahasa keluarga. SC pulak adalah short form daripada perkataan “smart circle”. Ini adalah merupakan program pengisian rohani yang bersifat membina,menjaga dan mentarbiah berdasarkan Al-Quran dan sunnah. Smart circle ini dinisbah dari program usrah yang telah dilaksanakan oleh kesatuan2 dakwah seluruh dunia.
Mungkin ramai yg kurang sedar,sebenarnya program kecil spt usrah ini jika dilakukan secara istiqamah,pasti suatu hari nanti akan menjadi titik tolak berjayanya pembinaan sebuah daulah islamiah yang menjadi impian umat islam. Didalam program ini terkandung amat banyak hikmah & fadhilat. Percaya dan yakinlah..
Sedikit muqaddimah….,,
Islam ditekan disana sini dan ada cubaan utk melenyapkannya dari muka bumi bermula dari kepimpinan khalifah kerajaan islam uthmaniah hingga negara islam pada kurun kini. Satu persatu mula tumbang dan tergadai baik dari sudut aqidah,prinsip,syariat islamiah dan akhlak(moral). Islam diganggu gugat oleh musuh para kuffar,tidak cukup dengan itu ditekan dan ditindas oleh pemimpin islam sendiri yg berorientasikan pemikir barat.
Persoalannya,dimana mukmin berfikrah islam?tidak layakkah mereka memimpin ummah dengan manhaj islam? Mewujudkan kepimpinan islam bukan sahaja menurut merekadan melepasi bidang pendidikan pengajian islam dalam negeri atau luar negara,bahkan yg lebih utama menuntut kefahaman dan pembinaan fikrah yg jelas dan tulen.
Oleh yang demikian,telah menjadi tugas kita sebagai muslim yg faham tuntutan agama bukan sahaja di masjid tetapi juga bangunan dan premis2,bukan sahaja berkisar solat,puasa,zakat,haji, tetapi juga sosial,sahsiah,pengurusan,dan mentadbir negara serta bukan shaja mereka yg mengambil bidang pengajian islam tetapi juga mereka yg ingin mendukung cita2 perjuangan islam dalam meninggikan syariatnya.
Sehubung dengan itu,marilah kita sama2 berganding bahu dalam usaha meninggikan syiar islam. Kita sebagai muslim,pelajar dan nuqaba’ bermulalah sebuah perjalanan dakwah yg menuntut pengorbanan yg tinggi demi agama kita,ISLAM!
Firman ALLAH yg bermakdud : “serulah ke jalan tuhanmu (wahai muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yg baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yg baik” an-nahl:125
“oleh kerana yg demikian itu,maka serulah mereka (wahai muhammad) kepada beragama dengan betul,serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sepertimana yang diperintahkan kepadamu,dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka."
“Jangan biarkan hidupmu berlalu sehari pun tanpa bekerja untuk islam” wasiat as-syahid imam hassan Al-Banna.
** Alhamdulillah,semalam musyawarah untuk program usrah telah berlangsung, tidak lama lagi setiap syaah@rumah akan mula berusrah. taklifan sebagai naqibah yg saya terima akan saya cuba lakukan sebaik yg mungkin. ini merupakan satu bentuk latihan dakwah sebelum pulang ke tanah air kelak,ambil peluang sebaiknya! objektif utama yang perlu diterapkan dalam program ini adalah merealisasikan bi'ah(persekitaran) solehah di imarah sabah,mengeratkan ukhuwah serta melahirkan mahasiswa/wi yg berfikiran islamik dan punya semangat juang utk islam yg sangat tinggi..
semoga program anjuran BDAT sesi 2009/10 kali ini akan berjalan lancar..aMINNNN.... buat semua naqib & naqibah,all da best..!!



No comments:
Post a Comment