Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Sunday, March 14, 2010

Hiwar(perbualan) antara wanita & syaitan ketika sakaratulmaut (2)

Sambungan posting 11 MARCH 2010..

Wanita : laknat ALLAH keatas engkau! adakah lagi dosaku selain ini?

Syaitan : ha..ha..ha.. banyak..dan terlalu banyak! engkau adalah seorang penzina!

Wanita : mustahil! dalam hidupku aku tidak pernah mengenal mana2 lelaki walau seorang pun!

Syaitan : ha..ha..ha.. ya,benar! akan tetapi, bukankah engkau pernah keluar dari rumah pada hari sekian..hari sekian.. ke pasar dengan memakai minyak wangi yang harumannya sangat kuat sehinggakan telah terhidu harummu itu oleh si fulan..si fulan..dan si fulan..

Wanita : hanya itu sahaja? Sekadar minyak wangi? Mendengus geram wanita tersebut.

Syaitan : tidakkah engkau tahu bahawa mana2 wanita yg keluar dari rumahnya dengan berwangi-wangian sehingga terhidu orang akannya,dan dia adalah penzina!

Syaitan : mahukah kau mendengar apa lagi dosa2 mu?

Wanita : apa lagi? Tidakkah apa yg engkau katakan tadi mencukupi?

Syaitan : tidak akan cukup selamanya bagiku.aku bukan sahaja mahu kau masuk ke neraka,malahan aku ingin kau berada ditingkat yang paling bawah sekali! Ha..ha..ha..

Wanita : laknat ALLAH keatasmu! Terlalu dengkinya engkau terhadap bani adam! Apa lagi dosaku?

Syaitan : keatasmu dosa si fulan..si fulan..dan si fulan.

Wanita : kau penipu! Aku tidak pernah mengenali mereka sama sekali.kenapa pula aku memikul dosa2 mereka??!!

Syaitan : ha..ha.. sungguh pelupa kau ini wahai manusia! Apakah kau lupa pada hari tersebut,kau telah keluar dari rumah dengan memakai pakaian yang sgt ketat dan berhias berlebih2.dan kau telah menarik perhatian si fulan..si fulan..dan si fulan untuk melihat kepadamu,bahkan kau telah merosakkan taubat sebahagian mereka,maka bagimu dosa seperti dosa-dosa mereka!

“Alangkah dahsyatnya perhitungan Allah,kau api aku yang menyalakannya..kau anak panah aku pemanahnya!!

Wanita : tidak!!aku akan mati dengan syahadah....

Syaitan : Tidak akan!!sekarang syahadah itu menjadi lebih berat daripada gunung pada lidahmu..kau takkan mampu menyebutnya..
Aku telah menemanimu sejak kecil,dan aku telah pergi bersamamu kesemua tempat kecuali alam kubur! Pergilah kau kepadanya dan tinggallah kau dalam kegelapan padanya bersendirian!

Wanita : laknat Allah keatasmu,engkau telah menghancurkan aku ddunia dan akhirat….bukankah mereka akan datang..bukankah mereka akan datang…

Syaitan : siapa?? Siapa??

Wanita : keluargaku..keluargaku

Syaitan : celakalah bagimu..sesungguhnhya pada hari ini tidak akan bermanfaat padamu ahli keluargamu atau sahabat handaimu.

“Alangkah ngerinya sekiranya engkau melihat pada waktu orang2 zalim (berada) dalam kesakitan sakaratulmaut,sedang para malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata: “keluarkanlah nyawamu.” Pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yg sangat menghinakan,kerana kamu mengatakan terhadap ALLAH (perkataan) yg tidak benar dan kerana kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNYA..” Al-an’am: 93

**TAMAT**


Cerita ni saya translate dari tajuk hiwar (muhadasah) yang kami belajar minggu lalu..best kan?banyak pengajaran..thanx to kamus miftah & mu'jam wasit yg banyak tolong keja penterjemahan ni..nda lupa juga juru taip saya!!

Isi penting yg boleh dijadikan pengajaran daripada kisah ini:

*Tipu daya syaitan itu sangat luas,maka berhati-hatilah
*Syaitan sentiasa berusaha hendak memasukkan umat kedalam neraka yg paling bawah.
*Syaitan sentiasa mengecilkan & menghias dosa2 besar sehingga ia terlihat kecil dimata manusia dan menjadi kebiasaan manusia mengamalkannya.
*Ajal itu akan datang bila tiba masanya tanpa kenal usia,tua ataupun muda.
*Wanita itu hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yg sentiasa menjaga kehormatannya..

WALLAHU'ALAM...

**bagusnya kalau 1 hari nanti dapat jadi penterjemah kitab pulak..aMINNN....^_^

No comments: